ft zukie guard

Baru-baru ini, YouTuber Zukie Mohamad ada membuat satu kenyataan yang ‘makan dalam’ dengan memerli sikap segelintir pempengaruh yang suka menghasilkan kandungan tidak memberi manfaat.

Sebagai ‘orang lama’ dalam bidang ini, Zukie yang memakai uniform pegawai keselamatan menjelaskan bahawa bekerja sebagai ‘guard’ lebih memberi manfaat.

Artikel berkaitan : “Youtuber sekarang suka buat benda bodoh utk content” –  Zukie Kena Hentam Sebab Ajar Minah Saleh Bukan-Bukan

Artikel berkaitan : “Jauh la beza dengan anggaran socialblade tu” – Youtuber Dedahkan Realiti Pendapatan Yang Dia Dapat

Dalam video tersebut pempengaruh ‘OG’ ini menyatakan bahawa dia bekerja sambilan sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Shah Alam, jelasnya dia akan bekerja setiap kali bulan puasa sebelum memberikan kata-kata sinis terhadap segelintir pempengaruh.

“Bulan puasa memang saya buat kerja sambilan lah, bulan puasa job takde. Jadi pengawal keselamatan kat Shah Alam. Okaylah gaji RM1,700, tapi ada elaun.”

“Jadi pengawal keselamatan ni ada manfaat, tolong jagakan kawasan.. jaga bangunan.. tolong menjaga. Daripada saya tak buat apa, baik kerja cari rezeki halal. Daripada jadi content creator memalukan negara, baik saya kerja begini. Takde orang hilang.”

@zukiemohamad769

Hidup Ini Keras Dik ….

♬ very beautiful background music(1442222) – MaxRecStudio

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terhibur melihat Zukie berseloroh tapi ‘makan dalam’ ini, dan dalam masa yang sama, ada yang tertanya-tanya jika dia benar-benar bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan seperti yang diperkatakan.

Ini kerana ada netizen yang dapat kesan kesilapan terhadap uniform yang dipakai kerana bagi mereka ia khusus untuk warganegara asing berbanding orang tempatan yang kerja sebagai pengawal keselamatan.

zukie zukie 2 zukie 3

Tak kisah lah apa pun, yang penting cari kerja halal, tak gitu?

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.