Setelah berhempas pulas memberi sumbangan kepada mangsa banjir baru-baru ini di Kelantan, dilaporkan personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital.
Kelihatan sahabat taulan datang melawat Khairul Aming di hospital yang dalam proses pemulihan, malah ada yang berseloroh, simptom yang dialami Khairul seakan-akan dia sedang ‘hamil’.
@azfarheriiOkay last, ni vlog melawat orang sakit. Get well soon abe khairul aming. Kami semua datang untuk menghiburkan anda, we love you. Tahniah baby kembar 🫶🏻🫶🏻
♬ original sound – azfarheri – azfarheri
Artikel berkaitan: Rebah Akibat Terlalu Penat, Ramai Doakan Khairul Aming Cepat Sembuh
Artikel berkaitan: Kad Bank Khairul Aming Sampai ‘Declined’, Beli Barang Untuk Mangsa Banjir Bernilai Lebih RM19K
Walau bagaimanapun, hari ini, Khairul Aming tampil menjelaskan keadaan semasa dirinya yang kini sudah pulih.
Menurutnya, dia terkena jangkitan E. coli ketika membuat bantuan banjir pada minggu lepas. Akibat daripada jangkitan itu, Khairul Aming mengalami cirit-birit yang teruk selama lima hari sehingga tubuhnya mengalami dehidrasi.
Baru lepas discharged from hospital. Long story short, terkena jangkitan E. Coli masa buat bantuan banjir last week. Severe diarrhea for 5 days sampai dehydrated badan. Now alhamdulillah dah fully recovered and back to work 😁
— Khairulaming (@khairulaming) December 12, 2024
Jangkitan E. coli difahamkan boleh berlaku daripada air dan makanan yang tercemar terutamanya sayur-sayuran mentah dan daging lembu kisar yang tidak dimasak sepenuhnya.
Orang dewasa yang sihat biasanya pulih dari jangkitan ini dalam masa seminggu, namun kanak-kanak kecil dan orang dewasa yang lebih tua serta mengalami sistem imun yang lemah termasuklah wanita hamil mengalami risiko yang besar untuk mengalami kegagalan buah pinggang yang boleh mengancam nyawa.
Semoga terus sihat selalu ya Khairul Aming!
Sumber: X