Pertandingan Robot Sumo

Politeknik Port Dickson menjadi perhatian ramai apabila seorang pelajar di institusi itu telah terpilih untuk mewakili Malaysia untuk ke pertandingan robot sumo di Tokyo, Jepun yang berlangsung pada 7 dan 8 Disember 2024 iaitu hari ini dan esok.

Menerusi perkongsian Politeknik Port Dickson melalui Facebook, pertandingan robot sumo itu akan berlangsung di Ryogoku Kokugikan National Sumo Arena Tokyo.

Politikenik Port Dickson menghantar pasukan mereka iaitu Pasukan Robot Sumo MARK III untuk mewakili negara ini dalam pertandingan itu.

Pasukan tersebut disertai oleh Alif Iskandar Ahmad Afandi iaitu pelajar jurusan diploma Mekatronik di Politeknik Port Dickson, Muhammad Faiz Abdol Jalil (alumni PPD), serta Muhammad Zaki Zakaria (juga alumni PPD) serta Iszuzuldin Amirull dan Nurfatin Irdina di mana kedua-duanya juga adalah alumni PPD selaku pasukan teknikal.

9

Artikel Berkaitan: Guna Kamera Canggih Tanpa Operator, Penonton Puji Kualiti Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan oleh RTM

Artikel Berkaitan: “Macam pegang tangan girlfriend” – Jepun Cipta Inovasi Tangan Robot Khusus Untuk Golongan Single

Pasukan tersebut telah berlepas ke Jepun pada Khamis lalu untuk menyertai pertandingan tersebut.

10

Difahamkan, pasukan dari Politeknik Port Dickson ini terpilih menjadi wakil Malaysia untuk ke pertandingan robot sumo ini selepas pasukan mereka menunjukkan kecemerlangan di pertandingan Robot Sumo 3KG Magnetik anjuran PETROSAINS di Stadium Juara Bukit Kiara pada hujung November lalu.

Untuk pengetahuan semua, pertandingan robot sumo merupakan sebuah acara pertandingan di mana robot-robot akan bertanding untuk mengalahkan lawan mereka di dalam bulatan gelanggang dengan cara yang sama seperti sukan sumo.

Sumber: Facebook Politeknik Port Dickson

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.