Baru-baru ini, kecoh apabila pelakon dan usahawan terkenal, Rozita Che Wan difahamkan mempunyai hutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bernilai hampir RM1 juta.
Rozita Che Wan yan juga dikenali sebagai Che Ta itu bagaimanapun disahkan sudah membuat pembayaran sebanyak RM550,000 bagi melunaskan hutang pinjaman tersebut.
Artikel berkaitan: “Sila betulkan kenyataan anda” – Che Ta Tepis Dakwaan Tak Pernah Bayar Pinjaman MARA
Artikel berkaitan: Usahawan Dan Rakan Baik Che Ta, Anas Zahrin Bantu Bayar Hutang Kontraktor RM7K
Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehubungan itu, pihaknya akan menangguhkan tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap selebriti tersebut.
Bagaimanapun, baki tunggakan hutang tersebut perlu diselesaikan sebelum penghujung Mac tahun hadapan.
Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550 ribu sehingga Jumaat lalu, manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac.
— Dr Asyraf Wajdi (@drasyrafwajdi) December 29, 2024
“Tindakan pelaksanaan penghakiman terhadap Puan Rozita Che Wan ditangguhkan setelah MARA berjaya mendapat bayaran tertunggak RM550 ribu sehingga Jumaat lalu.
Manakala baki hutang tertunggak hendaklah dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 3 bulan sebelum penghujung Mac,” tulisnya di aplikasi X.
Sebagai info, Che Ta membuat pinjaman dengan MARA berjumlah RM960,000 pada 2017 menerusi syarikat miliknya, RCW Worldwide Sdn. Bhd.
Pada 24 Disember lalu, acara lelongan awam membabitkan 34 barangan miliknya dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012 telah ditangguh atas permohonan pelakon itu.
Sumber: Kosmo!