Antara individu yang ‘turun padang’ dalam menyalurkan bantuan buat mangsa banjir adalah pempengaruh Khairul Aming dan tidak dinafikan caranya itu memang betul betul disenangi oleh orang ramai.
Selepas syarikat peruncit Mydin ingin membantunya dalam misi memberikan bantuan buat para mangsa, ramai warga tempatan tampil membuat sumbangan. Ianya dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi Instagram miliknya.
Artikel berkaitan : “Lepas banjir bayarlah” – Netizen Puji Sikap Khairul Aming & Bos Mydin, Bergabung Bantu Mangsa Banjir
Artikel berkaitan : Khairul Aming Turun Padang, Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan
“Tengoklah betapa baiknya orang kita. Terima kasih semua”
Memetik laporan Bernama, Khairul Aming ada mengatakan bahawa operasinya mengalami kekangan terbesar iaitu bekalan yang terhad di Kota Bharu.
“Sepanjang empat hari pusat ini beroperasi, kekangan terbesar ialah barang, sebab seperti sedia maklum bekalan di Kota Bharu itu sendiri pun tak cukup jadi kita perlu barang datang dari luar.
“Untuk tiga hari lepas, bantuan sukar masuk melalui jalan darat sebab dilimpahi air namun hari ini alhamdulillah orang sudah boleh masuk dan kita baru terima barang-barang dari Johor, Selangor dan tempat-tempat lain. Kita harap petang ini, esok dan lusa lebih mudah untuk kita terima barang.”
Bahkan beliau sebelum ini ada mengatakan bahawa dirinya terbuka untuk menerima sebrang tajaan daripada mana-mana pihak tidak kira daripada jenama besar mahupun peniaga kecil.
Susulan itu, Khairul Aming diserbu orang ramai yang ingin menghulurkan tangan mereka dalam membantu Khairul Aming memberikan bantuan.
“Tengoklah betapa baiknya orang kita. Terima kasih semua.”
Ada yang memberikan bantuan dari segi barang keperluan dan kelengkapan harian, ada juga yang memberi bantuan dari segi makanan, bahkan ada juga peniaga yang datang mahu memberikan bantuan buat mereka.
Dilihat orang ramai yang menyalurkan bantuan itu begitu gembira dapat berjumpa dengannya dan Khairul Aming begitu mesra menyambut kedatangan mereka dan hargai segala jenis bantuan yang diberikan.
Malah, jelas terpancar kegembiraan pada raut wajah pempengaruh ini apabila melihat barang yang disumbangkan.
Susulan itu, ramai netizen yang terharu dan tumpang gembira yang melihatnya, malah salah seorang penyumbang yang memberikan bantuan kelengkapan bayi itu telah mencui tumpuan warganet dan mendoakan agar urusan melahirkan bayi wanita hamil itu dipermudahkan setelah 10 tahun menanti.
Bahkan, netizen sangat menghargai setiap pemberian orang ramai kerana bairpun barang itu nampak kecil, tapi dia sangat bermanfaat.
Semoga Khairul Aming dan setiap insan yang ada menghulurkan bantuan ini, dimurahkan rezeki dan diberikan pahala yang berganda.
Sumber : Sinar Harian, Instagram