Satu momen luar biasa melibatkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dan Sekretaris Kabinetnya (Seskab), Mayor Teddy Indra Wijaya sekali lagi mencuri tumpuan ramai sewaktu Mesyuarat Terhad Penanganan Bencana secara dalam talian dari Istana Merdeka pada Isnin lalu.
Dalam mesyuarat rasmi berkenaan, Prabowo dilihat sedang memberikan arahan tegas mengenai isu kebakaran hutan dan tanah (Karhutla) yang membabitkan kawasan seluas 458 hektar di Bukit Soeharto, Kalimantan Timur iaitu berhampiran Ibu Kota Nusantara (IKN).
Artikel berkaitan: “Yang rasa suram, silakan pindah” – Ucapan Prabowo Cetus Perdebatan, Ramai Penduduk Indonesia Ingin Ke Malaysia?
Artikel berkaitan: “Tolong hentikan pembakaran hutan!” – Warga Filipina Berang, Dakwa Terpaksa ‘Tanggung’ Jerebu Indonesia
Walau bagaimanapun, ketika Presiden sedang sibuk menyampaikan arahan penting tersebut, Mayor Teddy secara mendadak dilihat potong pembicaraan lalu mengalihkan mikrofon Prabowo sebelum mengambil alih forum berkenaan buat seketika.
GILA! MIC PRESIDEN DIGESER, ARAHAN DARURAT KARHUTLA DISEROBOT GEMPA NTT! MENTERI ATAU “PRESIDEN DE FACTO”
Bener-bener skandal protokol dan drama kekuasaan paling mencolok yang terekam kamera! Publik dibuat melongo dan geram melihat momen saat Presiden Prabowo Subianto sedang… pic.twitter.com/7h5LzE99zj
— dunia kegelisahan (@IndonesiaFedera) September 7, 2026
Tindakan spontan itu terus mencetuskan pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan perbuatan mengalihkan mikrofon dan memotong percakapan seorang ketua negara sewaktu siaran langsung sebagai sesuatu yang menyalahi etika serta protokol kepimpinan.
Perkongsian klip video berkenaan dengan cepat menjadi tular di media sosial dan dihujani pelbagai komen daripada netizen yang mempersoalkan tindakan pegawai berkenaan.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak Istana bagi menjelaskan punca sebenar Mayor Teddy bertindak sedemikian mahupun konteks penuh perbualan sewaktu insiden itu berlaku.

2 hours ago
4































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















