Berakhirnya Pemerintahan Rejim Assad Selama 5 Dekad, Ini Apa Yang Berlaku Di Syria Sekarang

1 month ago 40

Sejak semalam, situasi di Syria telah meraih perhatian di seluruh dunia selepas pejuang pembangkang menguasai Damsyik pada awal pagi Ahad, sekali gus mengumumkan kejatuhan pemerintah keluarga Assad selama lima dekad di negara itu.

Presiden Syria, Bashar al-Assad yang memegang kuasa selama 24 tahun selepas menggantikan bapanya telah dilaporkan melarikan diri dari negara itu.

Kejatuhan Assad turut diraikan penduduk yang berhimpun dan berarak di ibu kota. Tidak ketinggalan, rakyat Syria di Malaysia turut meraikan jatuhnya pemerintahan kuku besi di kedutaan Syria di Kuala Lumpur.

Geqlny4A0Aal7 Z

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan gambar Bashar al-Assad dipijak-pijak bermula dari pintu pagar depan sehingga ke hadapan pintu kedutaan sambil beberapa orang yang lain memegang bendera Syria sambil meraikan kejatuhan Assad.

@mikefoxtrot__

♬ original sound – MikeFoxtrot – MikeFoxtrot

Dalam masa sama, terdapat kelompok rakyat Syria sedang menunaikan solat sebagai tanda kesyukuran kebebasan negara mereka.

Apa yang menyebabkan tercetusnya konflik di Syria?

Keputusan Assad untuk melarikan diri menandakan jatuhnya rejim yang telah mencetuskan salah satu perang paling lama pada abad ke-21.

Pemerintahan Assad menghadapi tekanan sejak 2011 apabila demonstrasi Arab Spring bertukar menjadi perang saudara.

Perang saudara terbabit telah meragut lebih 300,000 nyawa, mengakibatkan 100,000 orang hilang, dan memaksa 12 juta penduduk meninggalkan kediaman mereka, dengan 5.4 juta mencari perlindungan di luar negara.

Untuk rekod, Parti Sosialis Arab Baath mula berkuasa di Syria pada 1963 melalui satu rampasan kuasa.

Pada 1970, Hafez al-Assad bapa kepada Bashar al-Assad, pemimpin Syria yang baru digulingkan, mengambil alih kuasa melalui rampasan kuasa dalaman parti dan menjadi presiden pada 1971. Selepas kematian Hafez pada 2000, Bashar meneruskan pemerintahan Baath.

Negara asing yang terbabit konflik

Ada banyak kuasa asing yang terbabit dalam perang di negara ini. Syria dibahagikan kepada zon di mana kuasa asing mempunyai tentera di darat.

Rusia dan Iran menguasai kawasan dikuasai kerajaan, yang juga bahagian terbesar Syria. Manakala Amerika Syarikat mempunyai pasukan di timur laut dan timur, menyokong Pasukan Demokratik Syria pimpinan tentera Kurdish.

Sementara itu, Turkiye pula mempunyai tentera darat di barat laut negara itu yang dikuasai pemberontak.

Operasi besar-besaran pada penghujung November

Kejatuhan pemerintahan Bashar dan Baath berlaku apabila kumpulan bersenjata memasuki Damsyik, menjadi kemuncak kepada perkembangan dramatik sejak akhir bulan lepas.

Kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (dahulunya dikenali sebagai Nusra Front, yang diharamkan di Rusia) bersama beberapa kumpulan bersenjata lain melancarkan operasi besar-besaran terhadap kerajaan Syria, bergerak dari utara wilayah barat laut Idlib ke arah bandar Aleppo dan Hama.

Screenshot 2024 12 09 124824

Dalam masa kurang dua minggu, mereka berjaya merampas bandar demi bandar, akhirnya memasuki Damsyik.

Akhirnya, apabila rakyat memenuhi jalan-jalan di Damsyik, pasukan rejim mula berundur daripada institusi awam dan kawasan utama, manakala kumpulan anti-rejim mengukuhkan penguasaan mereka ke atas pusat bandar.

Screenshot 2024 12 09 124710

Difahamkan, ketika ini Bashar Al-Assad dan keluarganya berada di Moscow selepas diberikan suaka oleh kerajaaan Rusia.

Perdana Menteri Kerajaan Bashar al-Assad, Mohammad Ghazi al-Jalali, menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu yang dipilih oleh rakyat Syria serta memberikan sokongan penuh.

Kini, Syria menghadapi tugas berat untuk membina semula negara yang musnah akibat perang. Walaupun kejatuhan Bashar al-Assad memberikan sinar harapan, rakyat Syria perlu bekerjasama untuk memastikan negara mereka kembali makmur dan stabil.

Sumber: Harian MetroSinar Harian, Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |