Seorang bapa dan anak perempuannya dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing.
Menurut laporan Sinar Harian, tertuduh Mat Husin Sulaiman, 53, yang merupakan tukang urut dan Aslina Razali, 37, seorang tukang masak masing-masing didenda RM4,500 selepas ditahan dalam keadaan mengaibkan di sebuah rumah pada 19 Mei lalu.
Artikel berkaitan: Hukuman Sebat Pesalah Khalwat Berkali-kali Ditangguhkan
Artikel berkaitan: Trend Remaja Hamil Luar Nikah, Berkhalwat Sudah Berkurangan – Timbalan MB Kelantan
Mereka turut berdepan hukuman penjara selama setahun sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2022 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Dalam pada itu, di mahkamah berasingan, anak kepada Mat Husin iaitu Nurul Hadhari Mat Husin, 20, dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didakwa atas kesalahan khalwat.
Mereka difahamkan masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) swasta dan telah mendirikan rumah tangga pada Julai lalu, kedua-dua mereka bagaimanapun terlepas dari hukuman sebat atas kesalahan khalwat berulang.
Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.
Mengikut pertuduhan, difahamkan mereka didakwa melakukan khalwat di sebuah apartment di daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 pagi pada 18 Mac lalu.
Hakim Hamidi Syafie menjatuhi denda RM3,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda manakala pasangannya pula didenda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Sumber: Sinar Harian