ft penjara taiping

Menerusi platform X, seorang individu kongsikan pengalamannya setelah bertugas di Penjara Taiping, Perak. Menurunya, banyak kisah ‘aneh’ yang dia terima daripada bantuan-bantuan yang ada di situ, namun, antara yang membuatkan dia paling teringat apabila bersua dengan seorang banduan yang dipenjara selama 75 tahun ini.

Artikel berkaitan : Rusuhan Di Moscow : Lebih 1,500 Banduan Larikan Diri Dari Penjara

Artikel berkaitan : Banduan Pertama Peroleh PhD Ketika Dalam Penjara Dibebaskan Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Dikatakan, banduan tersebut merupakan tahan paling lama di penjara itu, banduan yang juga merupakan seorang bapa ini dijatuhi hukuman tersebut kerana merogol tiga orang anak perempuannya. Apabila ditanya, alasan yang diberikan amat mengejutkan.

“Selesai tugas di Penjara Taiping. Terlalu banyak cerita aku dapat harini. Antaranya banduan paling lama kat dalam sekarang ni kena 75 tahun sebab rogol tiga anak dia.”

“Alasan “sebelum orang lain rasa baik saya rasa dulu Tuan”. Perghh hang bayangkan. Tapi memang ada. Orang Islam tu. Rumah jenis tak ada bilik di pedalaman.”

Katanya lagi, banduan di situ merupakan tahanan yang majoritinya terlibat dengan kesalahan seksual seperti seorang datuk merogol cucu, bapa merogol anak dan banyak lagi.

“Banduan kesalahan seksual paling banyak. Termasuklah datuk rogol cucu. Banduan bunuh cincang mak dia ada juga sebab dadah. Polis yang langgar budak sampai mati kat Ipoh pun ada dalam ni masih kena reman.”

Dalam apda itu, inidividu ini turut kongsikan kadar perbelanjaan kos makanan yang diperuntukkan untuk seorang banduan, katanya ia berjumpa RM 35.40 sehari, dan makanan tersebut tidak diletakkan garam serta tiada gula dalam minuman. Jadi, setiap banduan perlu bekerja sebegai motivasi untuk membeli kicap dan gula.

Makanan paling popular untuk banduan akhir sebelum kena gantung adalah KFC. Hukuman gantung last kat Penjara Taiping tahun 2018.

— _sepul_ (@ciksepul) December 30, 2024

Di samping itu, individu ini ada kongsikan banduan terakhir sebelum dihukum gantung adalah KFC dan katanya kali terakhir banduan menjalai hukuman gantung di penjara tersebut pada tahun 2018. Dalam masa 23 jam, hantaran ini tular dan meraih lebih 5,800 jumlah perkongsian, rata-rata geram apabila mendengar kisah banduan tersebut.

Sumber : X