Seorang peniaga dihukum penara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini kerana menyebabkan ekcederaan parah terhadpa bekas isterinya, Jahidah Nordin@Sylvester, 46, sehingga koma pada 3 tahun lalu.
Keputusan itu dibuat di akhir pembelaasn kes oleh Hakim Fatimah Zahari terhadap Rosmaini Abd Raof, 41 selepas perbicaraan itu berlangsung selama 3 tahun yang melibatkan 11 saksi pendakwaan.
Artikel berkaitan : Jahidah Masih Terlantar Di Atas Katil, Anak Umur 3 Tahun Berstatus OKU
Artikel berkaitan : “Nufail rindu ibu ye?” -Jahidah Positif Covid-19, Netizen Sebak Lihat Anak Nangis Mahukan Ibu
Tambah Fatimah Zahari, pihak pendakwaan telah berhaya membuktikan kes tersebut.
“Selepas mendengar, menimbangkan dan meneliti semua keterangan, dokumen dan hujahan bertulis semua pihak, selain mitigasi pembelaan dan hujahan pendakwaan, tertuduh disabitkan bersalah.”
“Oleh itu, tertuduh dihukum penjara 10 tahun penjara bermula tarikh sabitan hari ini.”
Sebelum ini peguam yang mewakili tertuduh, Mohd Salleh Togimin memohon mahkamah memberikan hukuman ringan ke atas tertuduh berikutan beliau mempunyai sakit jantung.
“Tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap menanggung dua isteri dan lapan anak yang berusia antara dua hingga 19 tahun.”
“Malah tertuduh ditahan di penjara selama setahun dua bulan dengan keluarga terpaksa mengumpul wang untuk dijamin keluar sebelum ini.”
Kes berkenaan dikenalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu. Selain Mohd Salleh, tertuduh juga diwakili Kamal Hisham Jaafar dan Aina Kamila Zalizam.
Peguam pemerhati yang mewakili keluarga Jahidah, Muhammad Hazeem Mohd Norizan dan Syufri A Samad, turut hadir mengikut prosiding berkenaan.
Terdahulu, adik Jahidah iaitu Fauziah Nordin, telah hadir seawal jam 8 pagi di perkarangan mahkamah bagi mengikuti keputusan kes berkenaan.
3 November lalu, keputusan kes berkenaan telah ditangguhkan ke hari ini, tertuduh tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dimasukkan ke Hospital Pendang akibat sesak nafas.
Pada 16 Januari lalu, Rosmaini yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah sehingga koma, tiga tahun lalu, untuk membela dirinya.
Pada 17 Jun 2021, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.
Sumber : Harian Metro