Pempengaruh Aisar Khaled sering menjadi perhatian di media sosial kerana content yang dihasilkannya.
Terbaru, Aisar bertemu peminatnya di Aceh, Indonesia dan dia mencipta fenomena di situ apabila hampir 20,000 orang turun padang untuk bertemu dengan pempengaruh itu.
Artikel berkaitan: “Kacak orangnya, dia nampak baik saja” – Bapa Pempengaruh Indonesia ‘Berkenan’ Dengan Aisar Khaled
Artikel berkaitan: “Aku fikirkan sultan betul” – Tular Video Aisar Khaled Jadi Kegilaan Warga Indonesia
Menerusi laman TikTok miliknya, Aisar kelihatan sebak apabila dikerumuni oleh peminatnya sehingga memerlukan khidmat polis bagi menenangkan keadaan.
@aisarkhaleddAceh Indonesia Di Banjiri Lebih 20 Ribu , Aku Mau Menangis Ini , Kota Mana Seterusnya ? #aceh #aisarsultanmalaysia #aisarkhaledd #indonesia
♬ оригинальный звук – 🍀ФУТАЖІ🌿
“Aceh Indonesia di banjiri lebih 20 ribu , aku mau menangis Ini , kota mana seterusnya,” tulisnya di kapsyen video.
Dalam hantaran yang mendapat lebih 8 juta tontonan itu, rata-rata netizen meninggalkan komen yang memuji Aisar serta kagum dengan populariti Aisar di negara jiran itu.
Sebelum ini, Aisar menjadi bualan warga Indonesia selepas menyertai satu acara tinju di situ, meskipun tidak memenangi perlawan tersebut namun dia menarik perhatian orang tempatan kerana cuba mendekati seorang pempengaruh wanita dari negara itu.
Level lain dah Aisar ni!
Sumber: TikTok