Baru sahaja beroperasi sepenuhnya tidak sampai sebulan, Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa kini menjadi tumpuan atas sebab yang salah. Fasiliti yang sepatutnya menjadi kebanggaan dan pintu masuk utama pelancong ke Kelantan itu dilaporkan telah dicemari dengan aktiviti lumba haram dan aksi berbahaya oleh sekumpulan penunggang motosikal.
Kejadian yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu menunjukkan kawasan balai pelepasan (departure hall) bertukar menjadi ‘trek’ lumba, sekali gus mengganggu ketenteraman pengguna lapangan terbang dan mencalarkan imej negeri.
Artikel berkaitan: “Ini artinya apa ya geng?” – Gara-Gara Satu Komen, Jefri Nichol ‘Minta Tolong’ Rakyat Malaysia Terjemah Bahasa Kelantan
Artikel berkaitan: Kerajaan Kelantan Hargai Tindakan Pantas PMX Arah Titi Gantung Runtuh Diganti

Isu ini turut mendapat perhatian serius daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau menyifatkan tindakan kumpulan tersebut sebagai sesuatu yang menyedihkan dan memalukan, memandangkan Kerajaan Persekutuan telah melabur hampir RM450 juta untuk menaik taraf LTSIP demi keselesaan rakyat Kelantan.
“Pelaburan ini bertujuan menjadi pemangkin pembangunan sosio-ekonomi rakyat Kelantan dan menarik lebih ramai pelancong.
Kelakuan ‘mat rempit’ ini bukan sahaja membahayakan nyawa, malah boleh dianggap sebagai satu bentuk sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri,” tegas beliau dalam satu kenyataan rasmi menerusi Facebook.
Susulan insiden tersebut, Anthony Loke telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menjalankan operasi penguatkuasaan berskala besar di kawasan terbabit. Mana-mana individu yang didapati terlibat dalam aktiviti lumba haram di depan lapangan terbang akan berhadapan tindakan tegas, termasuk penyitaan motosikal serta-merta.
Pada masa yang sama, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) turut diminta mengetatkan kawalan di laluan masuk dan keluar terminal bagi memastikan kejadian serupa tidak lagi berulang pada masa akan datang.

7 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















