Pelajar Tingkatan 3 Lari Rumah

Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan melarikan diri dari rumah di Taman Bellina, Kampung Sungai Kandis, Shah Alam sejak Selasa.

Sehingga hari ini, pelajar tingkatan tiga, Muhammad Syahir Mohammad Sharul Nizam itu sudah menghilangkan diri selama 24 jam, lapor Malaysia Gazette.

Menurut bapanya, Mohammad Sharul Nizam, dia telah menghubungi pemandu bas sekolah dan mendapati anaknya tidak ada di dalam bas pada hari kejadian.

“Selepas itu saya ada menerima WhatsApp daripada anak saya yang meluahkan perasaan tidak puas hati dan mahu keluar rumah untuk tinggal bersama individu tidak dikenali,” katanya.

Screenshot 2024 12 12 124657

Menurutnya, anaknya mungkin telah diajak untuk keluar dari rumah oleh seseorang yang dipercayai rakannya.

Dia juga mengesyaki anaknya dipengaruhi oleh rakan-rakan internet kerana sering bermain permainan video PUBG bersama mereka secara dalam talian.

Turut dikongsikan di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat remaja terbabit meluru keluar rumah dengan membawa sebuah beg galas.

Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan melarikan diri dari rumah di Taman Bellina, Kampung Sungai Kandis di sini sejak semalam.

Menurut bapanya, Mohammad Sharul Nizam, beliau telah menghubungi pemandu bas sekolah dan mendapati anaknya tidak ada di dalam bas semalam.… pic.twitter.com/ZV9ahWo283

— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) December 11, 2024

Sehubungan itu, Mohammad Shahrul telah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan merayu kepada orang ramai yang mengetahui keberadaan anaknya untuk menghubunginya atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: Malaysia Gazette

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.