Rasanya sudah banyak kali diingatkan kepada pengguna stesen minyak akan bahaya merokok di kawasan berkenaan kerana boleh menyebabkan kebakaran.
Namun masih ada lagi individu yang tidak mengendahkan arahan ini, malah marah pula apabila ditegur merokok di tempat awam.
Menerusi perkongsian di X, tular satu video memaparkan seorang individu menegur seorang lelaki yang didakwa merokok di stesen minyak.
Walau bagaimanapun, teguran itu telah mendapat balasan yang tidak sedap didengar apabila individu itu menyuruh perakam video untuk menyamannya.
Tidak cukup dengan itu, individu yang membawa kenderaan berwarna kuning ini telah menguatkan bunyi enjin dan dikatakan mengacah-acah untuk melanggar perakam video.
“Nak tunjuk dia gangster kawasan”
Video berkenaan telah menerima kecaman netizen yang mengutuk tindakan lelaki terbabit yang tidak mematuhi undang-undang dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan segera.
Ish, ish orang tegur pun tak diendahkannya. Kalau jadi apa-apa kan susah.
Sumber: X