Dua orang bakal guru telah ditemui lemas ketika sertai aktiviti berkayak di kawasan Pantai Merdeka, Kuala Muda di Kedah pada petang Sabtu semalam.
Menurut Astro AWANI, kedua-dua mangsa iaitu seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan yang berusia 20-an itu merupakan penuntut institut pendidikan guru (IPG).
Kedua-dua mangsa telah lemas kerana kayak yang dinaiki oleh kedua-duanya telah dipukul ombak.
Pelajar-pelajar lain yang terselamat namun traumaArtikel berkaitan: Mayat Misteri Ditemui Terapung Di Taman Tasik Danau Kota
Artikel berkaitan: “Edi janji nak bawa tunai umrah” – Pelajar Pintar PhD M*ut Kereta Terjunam Dalam Tasik UMK
Pada mulanya, dua pelajar IPG ini telah dilaporkan hilang selepas kayak yang dinaiki mereka dipukul ombak.
Pihak berkuasa kemudiannya telah menemui kedua-dua mangsa ketika operasi mencari dan menyelamat dan nelayan tempatan turut membantu operasi mencari.
Difahamkan, pihak berkuasa telah menemui jasad kedua-dua penuntut itu sekitar jam 7.30 malam semalam.
Jasad kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat.
Kedua-dua mangsa telah menyertai aktiviti kayak di kawasan Pantai Merdeka itu bersama lebih 30 lagi pelajar lain.
Difahamkan, aktiviti itu telah dianjurkan oleh institut tersebut kedua-dua mangsa merupakan penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani).
Sumber: Astro AWANI

11 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















