Satu kenyataan daripada seorang individu di Threads baru-baru ini telah menimbulkan rasa kurang senang netizen di media sosial.
Dalam hantaran tersebut, pengguna Threads itu mengatakan bahawa ia bukanlah tanggungjawab seorang suami untuk membayar kos bersalin isteri di hospital kerana tugas isteri ialah melahirkan anak.
Artikel berkaitan : Bayangkan Bunyi Letupan Gunung Boleh Didengar Satu Pertiga Dunia… Itulah Krakatau 1883, Kini ‘Anaknya’ Meletus Lagi
Artikel berkaitan : Wanita Meninggal Dunia Lepas Bersalin, Suami Bantu Proses Kelahiran Daripada Tutorial YouTube
“Melahirkan anak tu tugas isteri. Maka suami tak sepatutnya bayar kos bersalin dekat hospital. I said what I said”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang begitu marah apabila membaca kenyataan daripada individu tersebut sehingga ada yang melabelkannya tidak layak untuk menjadi pemimpin keluarga.

Walau bagaimanapun, pada April 2026 lalu, Mufti Wilayah Persekutuan ada memberikan satu penjelasan ringkas mengenai topik, “Wajibkah suami memberi isteri upah melahirkan anak?”.
Secara ringkas, Mufti WP menjelaskan bahawa tidak wajib untuk seorang suami memberikan upah kepada isteri kerana melahirkan anak, ia termasuk dalam tanggungjawab seorang isteri dan amanah seorang ibu dalam hubungan keluarga.
Bagaimanapun terdapat huraian penting yang perlu diberi tumpuan kerana ia sekaligus menjawab dan memberikan respon secara spesifik terhadap kenyataan individu tersebut yang memfokuskan kepada kos pembayaran bersalin.
Jawapan Mufti

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, biarpun tiada bayaran khusus yang diwajibkan kepada isteri hanya kerana dia telah melahirkan anak, suami tetap mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan nafkah kepada isteri sebagai mana yang telah diwajibkan dalam syarak.
Berikut merupakan 7 nafkah yang suami wajib tunaikan kepada isteri:
- Makanan
- Lauk-pauk
- Pakaian
- Alat kebersihan diri
- Perkakasan dapur
- Tempat tinggal
- Pembantu, sekiranya isteri pada kebiasaannya mempunyai pembantu di rumah keluarganya
Dalam erti kata lain, walaupun tiada istilah upah melahirkan anak diberikan, suami tetap tidak boleh mengabaikan keperluan isteri selepas bersalin.
Kos bersalin di hospital tanggungjawab siapa?
Dalam laman rasmi tersebut, Mufti menjelaskan bahawa tanggungjawab suami bukan sahaja menyediakan keperluan harian, suami juga wajib membiayai kos rawatan dan ubat-ubatan berkaitan kelahiran, selain memastikan isteri mendapat makanan yang berkhasiat dan sihat sepanjang tempoh berehat selepas melahirkan anak.
“Begitu juga kewajipan suami membiayai kos rawatan ubat-ubatan untuk melahirkan anak serta menyediakan makanan berkhasiat dan sihat untuk isteri sepanjang tempoh isteri berehat selepas proses kelahiran anak.”
“Justeru itu, tiada bayaran atau pemberian wajib kepada isteri atas sebab melahirkan anak melainkan suami hendaklah melaksanakan pemberian nafkah sebagaimana yang telah diwajibkan menurut hukum syarak.”
Dirumuskan bahawa, membayar kos bersalin isteri di hospital itu masih lagi tanggungjawab seorang suami kerana kerana biarpun tiada kewajipan membayar upah bersalin, tetapi menanggung kos perubatan untuk melahirkan adalah itu adalah sebahagian daripada nafkah wajib suami.
Sumber: Threads, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

3 hours ago
8






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















