Pelakon wanita yang popular dengan drama 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha dilaporkan telah pun sah bergelar isteri kepada seorang pereka fesyen, Joshua Fitton dalam satu majlis akad nikah di sebuah resort di Janda Baik pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, majlis tersebut diadakan secara tertutup dan difahamkan hanya dihadiri oleh rakan dan keluarga mempelai sahaja.
Siti Saleha, 35 tahun telah menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki manakala Joshua pula menerima tujuh hantaran dari mempelai wanita.
Artikel berkaitan: 5 Pelakon Yang Sanggup Buat Perubahan ‘Extreme’ Untuk Buat Watak Nampak Realistik
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ramai Orang Hebat Nama Siti, Ini Asal Usul Maksudnya
Menurut Siti Saleha, dia bersyukur majlis akad nikah itu berjalan dengan lancar dan turut mengakui bahawa dia dan suaminya itu mempunyai banyak persamaan.
Pelakon popular itu juga turut mendoakan agar perkahwinannya ini akan kekal sehingga ke syurga dan diberkati Allah.
Untuk makluman semua, ini merupakan perkahwinan kedua Siti Saleha kerana dia pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dengan Ahmad Lutfi namun kedua-duanya memutuskan untuk membawa haluan masing-masing pada tahun 2022.
Sumber: Berita Harian