Saifuddin: Pemegang Kad UNHCR Tetap Boleh Ditahan & Didakwa Jika Langgar Undang-Undang

12 hours ago 8

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bukan kebal daripada undang-undang Malaysia.

Itu penegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang berkata masih ramai keliru mengenai fungsi sebenar kad UNHCR.

Menurut beliau, pemegang kad UNHCR yang sah hanya diberikan pengecualian bagi dua kesalahan di bawah Akta Imigresen, iaitu berkaitan memasuki Malaysia tanpa dokumen yang sah dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan (overstay).

Artikel berkaitan: KDN Umum Laksanakan Proses Tapis 5,000 Pelarian Rohingya

Artikel berkaitan: Flat Dikaitkan Dengan Rohingya Di Sungai Tekali Bakal Dirobohkan

Selain dua pengecualian itu, mereka tetap tertakluk kepada semua undang-undang negara.

Jika mereka mencuri, mereka tetap melakukan kesalahan. Jika mereka memandu tanpa lesen, tindakan juga boleh diambil terhadap mereka.

Pemegang kad UNHCR tidak kebal daripada undang-undang Malaysia. Pengecualian hanya terpakai kepada dua peruntukan di bawah Akta Imigresen.”

Kerajaan perkenal sistem DPP

Dalam masa sama, Saifuddin berkata Kerajaan MADANI sedang memperkukuh pengurusan pelarian melalui pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).

Menurut beliau, sistem itu membolehkan proses pengesahan status pelarian dikendalikan sendiri oleh Kerajaan Malaysia, termasuk melalui tapisan keselamatan dan pengumpulan data yang lebih lengkap.

Langkah itu juga bertujuan memastikan pengurusan pelarian di negara ini lebih tersusun, telus serta mengutamakan aspek keselamatan negara.

754126859 1557451275753028 7190641614181350728 N.png

4,000 tahanan dakwa mereka pelarian

Saifuddin berkata kumpulan pertama yang akan melalui proses DPP ialah kira-kira 21,000 individu yang kini berada di pusat tahanan imigresen.

Daripada jumlah itu, sekitar 4,000 orang mendakwa mereka mempunyai status pelarian.

Namun, semua mereka masih perlu melalui proses pengesahan sebelum kerajaan menentukan sama ada benar-benar layak diberikan status pelarian.

“Mereka akan menjalani tapisan keselamatan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, polis dan agensi berkaitan lain. Segala-galanya akan direkodkan,” katanya.

Tiga kemungkinan selepas disahkan

Menurut Saifuddin, selepas proses pengesahan selesai, pelarian hanya mempunyai tiga kemungkinan.

Mereka boleh ditempatkan semula ke negara ketiga melalui UNHCR, dihantar pulang ke negara asal sekiranya keadaan mengizinkan, atau jika melakukan jenayah di Malaysia, mereka hanya akan dihantar pulang selepas selesai menjalani hukuman.

Terdahulu, kerajaan turut mengarahkan UNHCR menghentikan sementara pendaftaran pelarian baharu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan sistem DPP.

Setakat Februari lalu, lebih 215,000 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia, dengan lebih separuh daripadanya merupakan etnik Rohingya dari Myanmar.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |