ft zehra zamri

Seperti yang kita sedia maklum, Gegar Vaganza musim ke-11 telah pun melabuhkan tirainya dan Liza Aziz dinobatkan sebagai juara, pastinya ia mengundang pelbagai reaksi netizen terhadap setiap peserta yang bertanding.

Antaranya, kritikan mereka terhadap salah seorang finalis iaitu Zehra Zamri yang dikatakan lincah dan tidak sesuai untuk wanita yang berhijab.

Artikel berkaitan : “Sebelum cakap buat research dulu” – Datuk Fazley Yaakob Selar Kenyataan GV Memalukan Artis

Artikel berkaitan : Ning Baizura, Reshmonu Antara 14 Peserta Gegar Vaganza Musim Terbaru!

Screenshot 2025 02 10 174553

“Saya tahu selepas ini pasti ada netizen yang bercakap. Dengar ada yang bercakap ‘oh berhijab tapi pembawakan agak agresif’.”

“Saya hanya menjadi diri sendiri dan kalau anda kaji dan nilai semula, inilah penampilan saya yang dahulu. Saya memang aktif atas pentas. Itulah diri saya.”

Jelasnya lagi itu, lagu yang diberikan kepadanya itu membuatkan dia mendalami karakter dan dia akan menjadi ‘individu lain’ jika berada di atas pentas.

“Bukan buat-buat tetapi jiwa itu memang ada dalam diri. Saya memang tak boleh, saya sangat suka menari dari kecil dengan tarian tradisional. Tetapi sebagai artis saya perlu verstail. nItu yang saya tampilkan dalam pentas GV ini.”

Dalam pada itu, Zehra juga menyatakan dia hanya menjadi diri sendiri dalam setiap persembahannya.

Sebagai rekod, pada konsert akhir, Zehra menyampaikan lagu Berpaut Di Dahan Cinta untuk tugasan solo, Beribu Sesalan bagi tugasan duet bersama Jaclyn Victor dan Angkat untuk tugasan Rap Battle dan Zehra membawa pulang wang tunai berjumlah RM 15,000 beserta trofi.

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.