Gajah Sulong Tasik Kenyir

Ramai yang tertanya keadaan terkini seekor gajah liar jantan yang dikenali sebagai Sulong.

Beberapa hari lalu, Sulong dilihat berkeliaran di sepanjang Jalan Raya Timur Barat (JRTB) dalam keadaan cedera sebelum memasuki hutan di Kelantan, namun dikatakan dikesan semula di Gerik, Perak sekali gus membuatkan orang ramai berasa bimbang dengan keadaan haiwan tersebut.

Namun, dalam perkembangan terbaharu, Sulong dilaporkan telah dipindahkan dan dibawa ke Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Menurut sumber, perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads yang memaklumkan Sulong dipercayai telah diambil oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Batu Melintang.

Katanya, dia berasa lega selepas mendapat perkembangan berkenaan kerana sebelum ini bimbang dengan keselamatan Sulong ketika gajah itu dilihat merayau di jalan raya.

“Alhamdulillah dari dia merayau-rayau di jalanan buat rasa nak gugur jantung saya bila teringat sejarah kematian anak gajah di Gerik tahun lepas.

“Escort pun ramai macam bawa orang kenamaan. Abang Sulong jaga diri baik-baik,” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Enggan terima rumah baru” – Kisah Gajah Sulong Tarik Perhatian Ramai, Dirakam Berjalan Sendirian Di Bahu Jalan

Artikel berkaitan: Gajah Liar Tular Di JRTB Curi Perhatian Ramai, Penduduk Teruja Menanti Perkembangan Sulong Chalil

Perkongsian tersebut turut mendapat respon positif pengguna media sosial yang berharap gajah jantan itu berada dalam keadaan baik di lokasi baharunya.

Kisah mengenai Sulong bukan sahaja meruntun hati rakyat Malaysia, juga mendapat perhatian daripada warganet Indonesia yang turut menanti perkembangan haiwan berkenaan.

Screenshot 2026 09 02 104110 Screenshot 2026 09 02 104127 Screenshot 2026 09 02 104017

Difahamkan, terdapat sebuah pusat konservasi gajah di Tasik Kenyir yang bukan sekadar pusat perlindungan tetapi juga lokasi tarikan pelancongan di sana.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.