Sudah menjadi kebiasaan apabila orang yang lebih tua bergurau manja dengan kita berkenaan topik seperti perkahwinan.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq juga tidak terlepas daripada usikan daripada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkenaan perkahwinan.
Artikel berkaitan: “Tak paham, cuba kahwin” – Naik Gunung Kinabalu Bersama, Netizen Harap Syed Saddiq & Bella Astillah Berjodoh
Artikel berkaitan: “Sentiasa jaga hati anak-anak” – Dr Zul Nasihat Jangan Buka Aib Pasangan, Terutama Selepas Berpisah
Dr Zulkifli dalam satu hantaran di Instagram hari ini berkongsi gambar ketika beliau berjumpa Syed Saddiq di sebuah majlis perkahwinan tempoh hari.
Ahli Parlimen Muar itu disifatkan seorang yang baik dan beradab oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan dalam hantaran tersebut.
“Anak muda yang baik dan beradab. Semoga dipermudahkan urusan beliau dalam menjaga kebajikan rakyat Muar. Pada saya, beliau ada potensi yang pergi lebih jauh dalam politik.
Sibuk-sibuk berpolitik, jangan lupa ada ‘janji’ yang lebih manis daripada manifesto. Bila dah berdua, baru bersemangat sikit dalam Parlimen!,” tulisnya di kapsyen.
Malah, Dr Zul juga berseloroh jika Syed Saddiq berkahwin pasti ramai orang Muar yang boleh turut serta dalam merewang.
Syed Saddiq baru-baru ini juga memuat naik hantaran istimewa di Instagram mengenai Bella Astillah dan menyifatkan selebriti itu sebagai pejuang yang sangat rajin, serba boleh, penyayang, ikhlas dan baik hati.
Sumber: Instagram