Video sebuah keluarga yang menahan konvoi Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sambil memegang plakad bertulis ‘Ampun Tuanku mohon berhenti sekejap’ telah mencuri perhatian ramai.
Tindakan berani keluarga itu merayu secara terus kepada Al Sultan Abdullah akhirnya membuka jalan kepada penyelesaian isu yang membelenggu mereka sejak hampir 13 tahun lalu.
Difahamkan, selama ini keluarga berkenaan bergantung kepada bateri lori dan tenaga solar hanya cukup untuk mengecas telefon bimbit, tetapi tidak mencukupi untuk menggunakan barangan elektrik asas lain seperti peti sejuk dan kipas.
Susulan aduan itu, permohonan keluarga ini yang tinggal di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut, terus diluluskan pada hari yang sama.
@muhammadramadhan9602♬ Oh Tuhan Mudahkanlah Jalan Hidupku – Naylaluthfia
Artikel berkaitan: “Sampai RM 1,500 sebulan” – Pelik Bil Elektrik Selalu Tinggi, Rupanya Bayar Sekali Untuk Jiran Selama 5 Tahun
Artikel berkaitan: “Konon atas nama pertanian” – Sultan Pahang Dukacita 14,494.908 Hektar Tanah Kerajaan Diceroboh
TNB perjelas isu kelewatan bekalan elektrik
Menerusi kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB), pihaknya sudah memulakan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik di lokasi terbabit.

Dalam kenyataan tersebut, pihaknya mendedahkan permohonan untuk penyambungan bekalan elektrik di kawasan berkenaan sebenarnya baru sahaja diterima melalui pihak kontraktor pada penghujung Disember 2025.
Sebaik sahaja diterima, TNB telah mengambil tindakan segera dengan mengemukakan permohonan kepada pihak-pihak berwajib pada Januari 2026 bagi melaksanakan kerja-kerja penanaman tiang.
“Susulan perkembangan terkini, TNB telah diberi kebenaran untuk meneruskan kerja-kerja penanaman tiang pada 17 Mei 2026. Kerja-kerja telah bermula 20 Mei 2026 dan sasaran memulakan tugas penyambungan bekalan pada 24 Mei 2026.
“TNB akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan serta meneliti perkara ini bagi memastikan kes seumpama ini dapat diuruskan dengan lebih teratur dan inklusif bersama pihak berwajib yang berkenaan pada masa hadapan,” ujarnya.
TNB turut memaklumkan pelaksanaan kerja juga tertakluk kepada kelulusan pihak berkaitan, termasuk dari aspek keselamatan, teknikal, serta pematuhan status tanah dan izinlalu.
Menerusi kenyataan berasingan daripada ADUN Haris Salleh Hamzah, pihaknya menjelaskan faktor kelewatan adalah disebabkan status tanah didiami keluarga itu masih dikategorikan sebagai tanah kerajaan sejak 13 tahun lalu.
Sumber: Harian Metro, Facebook

13 hours ago
12






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















