8 Suspek Termasuk Bella Mengaku Bersalah Ug*t B*nuh & P*kul Seorang Lelaki

8 hours ago 4

Seorang wanita bersama 7 lagi individu didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas 3 jenis pertuduhan iaitu mengugut membunuh, ugutan memukul serta mengurung seorang lelaki pada minggu lalu.

Kesemua tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain,19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19, dan Nuredrianna Balqqisyh Anabella Norazman, 22, mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Artikel berkaitan : “Semoga umrah mabrur anak-anak mama” – Didi, Bella Astillah Berangkat Ke Tanah Suci, Ibu Titip Doa Penuh Harapan

Artikel berkaitan : “Baru kenal dekat TikTok”- Tular Video Dibelas*h Sekumpulan Lelaki, Mangsa Tampil Cerita Hal Sebenar

Pengakuan itu dibuat selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Atifah Azimah Wahab. Dalam pertuduhan pertama, Nuredrianna Balqqisyh Anabella atau dikenali sebagai Bella bersama semua suspek lain didakwa menakutkan secara jenayah terhadap mangsa, Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian dengan niat menakutkan mangsa.

Untuk pertuduhhan kedua, semua tertuduh bersama-sama dua lagi yang masih bebas dengan senagaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Muhammad Faris Syahmi dengan mengatakan bahawa mereka takkan henti pukul mangsa sehingga dia bersetuju membayar wang RM3,000.

Atas tindakan ugutan tersebut, mangsa telah menyerahkan wang sebanyak RM 650 dan kunci motosikal jenis Yamaha Y16 kepada salah seorang tertuduh tertuduh, Mohammad Amierul Hakim.

Dalam pertuduhan ketiga pula, kesemua tertuduh termasuk Bella dan dua lagi yang masih bebas didakwa mengurung mangsa.

491831253 982228040745526 2682050760550496945 n

7 lelaki turut mengaku salah terhadap pertuduhan keempat iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Muhammad Faris Syahmi, dengan seorang lagi masih bebas. Kesemua kesalahan berkenaan dilakukan mereka di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai, di sini, antara jam 10 malam hingga 4 pagi, pada 18 hingga 19 April lalu.

Untuk kesemua pertuduhan tersebut,tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506; Seksyen 384 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan manakala pertuduhan keempat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Screenshot 2025 04 25 142142

Kes tersebut dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Abdul Ghafar Ab Latif dan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nuraini Nik Azman dan Nur Fatihah Mohd Nizam, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norfarahin Mohd Yazid dan T Nadarajan.

Sebelum ini Abdul Ghafar memohon kepada pighak mahamah supaya mengenakan jaminan RM10,000 dan seorang penjamin atas setiap pertuduhan berkanaan.

“Ini bermakna kesemua tujuh tertuduh lelaki dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM40,000 setiap seorang bagi empat pertuduhan, manakala tertuduh wanita iaitu Bella dimohon dikenakan jaminan berjumlah RM30,000, bagi tiga pertuduhan dihadapinya.” katanya.

Bagaimanapun Norfarahin pula memohon supaya mahkamah mengambil kira pengakuan bersalah kesemua tertuduh dan meminta agar pihak mahkamah mempertimbangkan untuk mengenakan jumlah jaminan yang lebih rendah.

Screenshot 2025 04 25 142323

“Tiga tertuduh termasuk Bella tidak bekerja manakala empat tertuduh lain bekerja sebagai pekerja kilang manakala seorang lagi bekerja sebagai pekerja kelab dengan pendapat antara RM1,200 hingga RM2,000 sebulan sahaja.”

“Bella tinggal bersama ibu bapanya dan dia menderita penyakit asma.”

DIsebabkan itu, majistret kemudiannya telah meemrintahkan kesemu 7 tertuduh lelaki dibenrikan jaminan sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin, manakala Bella dijamin sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan tarikh bacaan fakta kes dan jatuh hukum pada 3 Jun depan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |