sembur cat pada monyet

Tular di media sosial semalam sebuah video yang memaparkan perbuatan seorang individu iaitu seorang lelaki telah menyembur cat jenis aerosol kepada seekor monyet.

Monyet berkenaan yang ketika itu berada di dalam sebuah sangkar besi telah disembur cat aerosol itu pada badan dan muka oleh lelaki berkenaan, lapor Berita Harian.

Tindakan lelaki itu telah menyebabkan haiwan berkenaan meronta-ronta ketika cat itu disembur pada badannya.

Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah kawasan perumahan di Selangor.

10 1

Artikel berkaitan: “Bangkai anjing pun ada” –  Lepas 5 Ekor, Ada Lagi Bangkai Kucing Ditemui Di IPTA

Artikel berkaitan: “Ada seekor lagi” – IPTA Sahkan Kucing M*ti Dalam Keadaan Ngeri Kerana Anjing Liar, Tapi Ramai Tak Setuju?

Video berkenaan telah mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya pencinta haiwan.

11 2

Terkini, Sinar Harian melaporkan bahawa lelaki tersebut yang menyembur cat itu kepada monyet berkenaan telah ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Perhilitan.

Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor iaitu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh berkata bahawa sebuah laporan polis juga telah diterima oleh pihak mereka berhubung kejadian itu.

Laporan polis itu dibuat oleh pegawai veterinar daerah Petaling yang melihat video yang tular itu di media sosial.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.