qi razali kahwin

Pelakon yang popular dengan filem Babah iaitu Qi Razali hari ini telah selamat diijabkabul dengan wanita pilihan hatinya, Wardah.

Berita itu telah dikongsikan oleh pengacara terkenal, Fedtri Yahya yang mengacarakan majlis pernikahan kedua-dua mempelai itu pada hari ini.

12 1

Artikel Berkaitan: “Ia hanya spekulasi peminat”- Tular Desas Desus Bakal Berkahwin Pada 25 Mei, Ini Respon Fattah Amin

Artikel berkaitan : “Adakah anda hilang hormat sesama wanita?” – Janna Nick Dikecam Netizen, Sebut ‘Perempuan G*la’ Dalam Podcast

Dalam foto yang dikongsikan itu, dapat dilihat kedua-dua pengantik sama cantik sama padan mengenakan busana putih ketika majlis perkahwinan mereka.

Menerusi perkongsian Fedtri Yahya lagi, difahamkan, pengantin perempuan telah merias sendiri wajahnya untuk majlis tersebut kerana dia merupakan seorang jurusolek.

13 1

Meninjau ke ruangan komen, ramai peminat mengucapkan tahniah kepada pelakon yang berusia 48 tahun ini atas perkahwinannya dan isteri.

Tahniah Babah!

Sumber: X Fedtri Yahya

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.