kemalangan di Tenom Sabah

Tujuh petugas kesihatan dari sebuah klinik pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah terlibat kemalangan apabila van yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah lori di Tenom, Sabah pada Sabtu semalam.

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 8 pagi ketika petugas-petugas kesihatan itu sedang dalam perjalanan untuk program rawatan pergigian dengan menaiki van berkenaan.

Menurut pasukan bomba dan penyelamat, pihak mereka bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

8 4

Artikel berkaitan: Nahas FRU: Isteri Koperal Syed Isfan Dedah Keadaan Suami, Sudah Jalani 3 Pembedahan Di Perut & Dada

Artikel berkaitan: “Tolong encik, tolong selamatkan saya” – Bomba Sebak Dengar Rintihan Pemandu Trak FRU Ketika Masih Sedar

Difahamkan, van yang dinaiki oleh petugas kesihatan itu bertembung dengan sebuah lori jenis 10 tan dan kesemua petugas kesihatan tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan.

Walau bagaimanapun, seorang mangsa dalam lori terbabit telah dibantu oleh bomba untuk keluar dari lori berkenaan.

Pemandu lori itu kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.