Huru-hara kini sedang berlaku di negara Nepal selepas perdana menterinya, Khadga Prasad Oli meletak jawatan semalam susulan bantahan ganas disebabkan larangan platform media sosial dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang dicemari rasuah.
Menurut Kosmo, peletakan jawatan beliau menyusul sehari selepas 19 orang terbunuh dalam pertembungan ganas antara penunjuk perasaan dan polis.
Dalam surat peletakan jawatannya, Oli berkata, beliau meletakkan jawatan kerana ‘situasi buruk yang berlaku di negara itu dan untuk memudahkan penyelesaian kepada masalah serta membantu menyelesaikannya secara politik selaras dengan perlembagaan.’
Peletakan jawatan itu diterima Presiden Ramchandra Paudel, yang mana kini sedang memulakan ‘proses serta rundingan untuk kepimpinan baharu’.
Rusuhan didorong kumpulan Gen Z
Menurut laporan, rusuhan ganas itu telah didorong oleh kumpulan Generasi Z (Gen Z) yang meletus sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan pada minggu lalu yang menyekat 26 platform media sosial termasuklah Facebook, WhatsApp, Instagram, YouTube dan X, kerana gagal mendaftar di bawah peraturan baharu Nepal dalam tempoh yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, larangan itu telah ditarik balik semalam selepas kabinet mengadakan mesyuarat tergempar dengan Menteri Komunikasi Prithvi Subba Gurung yang berkata, langkah itu bagi menangani tuntutan yang dibangkitkan oleh Gen Z.
Artikel berkaitan: “Apa Yang Berlaku Sebenarnya?” – Kronologi Di Sebalik Kejadian Rusuhan Di Indonesia
Artikel berkaitan: Rusuhan Di Moscow : Lebih 1,500 Banduan Larikan Diri Dari Penjara
Kemarahan tidak reda, rumah PM dibakar, pemimpin dipukul
Pun begitu, kemarahan rakyat nampaknya tidak reda apabila bantahan berkenaan merebak ke seluruh negara dengan kumpulan penunjuk perasaan dilihat memecah masuk bangunan parlimen hingga menyebabkan polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air untuk meredakan orang ramai.
Pertembungan itu menyebabkan 19 orang meninggal dunia dan 100 orang cedera.
Keganasan ini juga tular di media sosial yang memaparkan penunjuk perasaan membakar tayar di jalanan, melempar batu pada polis dan membakar beberapa rumah ahli politik termasuklah kediaman peribadi Oli.
Protesters in Nepal have attacked and burnt down the houses of Nepal’s President, Prime Minister and other Ministers.
Kathmandu airport has stopped all operations.#NepalGenZProtest pic.twitter.com/MHfWdAzqfb
— With Love Bihar (@WithLoveBihar) September 9, 2025
Tak cukup dengan itu, ada juga menteri yang kediamannya diceroboh dan dipukul penunjuk perasaan, seperti yang berlaku kepada Menteri Luar Nepal, Arzu Rana Deuba. Rakaman itu tular di media sosial.
🚨TERKINI: Para pengunjuk rasa menyerbu kediaman Menteri Luar Negeri Nepal yang korup, Arzu Rana Deuba, dan memukuli dia beserta keluarganya. pic.twitter.com/DiFcBTbgkQ
— Never (@neVerAl0nely__) September 9, 2025
Malah lebih mengejutkan, penunjuk perasaan juga dilihat melempar pemimpin negara ke sungai sebagai tanda protes akan rasuah yang berleluasa di kerajaan.
WATCH: Nepal’s Finance Minister is reportedly not in a good position.pic.twitter.com/MgseeRyFR9
— Clash Report (@clashreport) September 9, 2025
Lapangan terbang ditutup, rakyat Malaysia terkandas
Dalam pada itu, situasi genting di Nepal telah menyebabkan penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu.
Jawatankuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal, Mohd Firdaus Azman berkata, keadaan itu berlaku ekoran kemusnahan yang dilakukan perusuh sehingga menyebabkan asap tebal di sekitar bandar berkenaan.
Situasi itu telah menjejaskan operasi penerbangan sekali gus menyebabkan penumpang termasuk rakyat Malaysia terkandas dan tidak dapat pulang ke destinasi masing-masing.
Setakat ini, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Nepal Airlines dan Malaysia Airlines sedang berhubung dengan penumpang bagi menjadualkan semula penerbangan ke tarikh lain.
Perintah berkurung yang berkuat kuasa di sekitar Kathmandu juga telah mengehadkan pergerakan orang ramai termasuk warga Malaysia.
Justeru, Mohd Firdaus menasihatkan agar rakyat Malaysia yang berada di Nepal supaya kekal di premis atau hotel masing-masing sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan pihak berkuasa.
Bagi mereka yang merancang untuk ke Nepal dalam masa terdekat adalah lebih baik menangguhkan perjalanan sehingga keadaan kembali pulih,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian, Kosmo