Isteri Bekas Perdana Menteri Nepal Meninggal Dunia Lepas Rumah Dibakar Penunjuk Perasaan

4 hours ago 4

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Nepal, Jhalanath Khanal iaitu Rabi Laxmi Chitrakar Khanalmaut selepas penunjuk perasaan telah membakar rumah mereka yang terletak di kawasan Dallu, Katmandu semalam.

Sumber yang terdiri daripada keluarga mangsa, Rajyalaxmi Chitrakar berkata, Rabi Laxmi Chitrakar Khanal dikejarkan ke Hospital Kecederaan Melecur Kirtipur, namun meninggal dunia ketiak dirawat.

Artikel berkaitan : Kerajaan Nepal Tumbang: Rumah Ahli Politik Dibakar, Pemimpin Dic*mpak Ke Sungai & Menteri Dip*kul

Artikel berkaitan : Rakan Senegara Terlibat Kes Langgar Lari, 13 Warga Nepal Ditahan Lepas Halang Lalu Lintas

Bakar1 scaled 1

Difahamkan, penunjuk perasaan yang diketuai ‘Generasi Z’ mengepung kediaman bekas perdana menteri sebelum bertindak membakarnya.

Kejadian itu berlaku ketika demonstrasi besar-besaran kerana menentang larangan penggunaan media sosial yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, bagaimanapun demonstrasi tersebut bertukar ganas yang menyasarkan pemimpin politik utama.

Berikutan dengan kekecohan tersebut, Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli, turut mengumumkan peletakan jawatan, semalam, selepas rumahnya sendiri dibakar penunjuk perasaan.

Screenshot 2025 09 10 135705

Tidak cukup dengan itu, Menteri Kewangan, Bishnu Prasad Paudel turut menjadi ancaman, tular video beliau dikejar di jalanan dan dipukul teruk oleh orang ramai.

Sebelum ini, protes  itu bermula selepas kerajaan menyekat Facebook, X dan YouTube dengan alasan media sosial terbabit gagal mematuhi kawal selia kerajaan.

Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik kelmarin, namun penunjuk perasaan tetap meneruskan bantahan hingga membawa kepada insiden tembakan polis yang telah mengorbankan 19 nyawa.

Selain membakar rumah pemimpin, penunjuk perasaan turut merosakkan bangunan Parlimen sehingga lapangan terbang Kathmandu terpaksa ditutup.

Disebabkan itu, beberapa orang menteri terpaksa dipindahkan ke lokasi selamat menggunakan helikopter tentera susulan dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.

Kempen yang digelar ‘protes Gen Z’ itu turut dsemarakkan lagi dengan kemarahan terhadap dakwaan rasuah dan keistimewaan anak pemimpin politik yang digelar sebagai ‘Nepo Kids’.

Anak muda mendakwa bahawa merek sukar mencari pekerjaan sedangkan puak-puak ‘Nepo Kids’ ini boleh mendapat pelbagai peluang istimewa dengan mudah.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |