Seorang wanita di Washington mendakwa dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami jantung berdebar yang berpunca daripada tabiat minum teh matcha.
Menurut laporan, Lynn Shazeen, 28, mula mengambil matcha enam bulan lalu dan sekurang-kurangnya sekali seminggu sebagai langkah menjaga kesihatan.
Bagaimanapun, dia mula mengalami keletihan melampau, rasa sejuk dan degupan jantung tidak teratur selepas tiga bulan mengamalkan minuman itu sehingga mendorongnya mendapatkan rawatan di hospital.
“Saya tidak sangka pengambilan matcha seminggu sekali boleh memberi kesan sebegini.
“Sebaik sahaja nampak bacaan zat besi turun mendadak, saya tahu ia berpunca daripada matcha,” katanya.
Artikel berkaitan: 8 Pencuci Mulut Berperisa Green Tea di Lembah Klang Anda Perlu Cuba!
Artikel berkaitan: “Diharamkan KKM” – Berhenti Minum Kopi ‘Kuat’, Ada Bahan Terlarang Dan Boleh Bawa Maut
Berikutan kejadian itu, Lynn berkata dia terus berhenti daripada minum matcha dan hanya mengambil teh biasa sahaja.
Pakar pemakanan skeptikal dengan dakwaan tersebut
Bagaimanapun, seorang pakar pemakanan, Dr Emma Beckett berasa skeptikal dengan dakwaan tersebut kerana pengambilan matcha dalam kuantiti sederhana lazimnya tidak menimbulkan masalah.
Menurutnya, masalah kekurangan zat besi dalam kalangan wanita muda adalah perkara biasa disebabkan diet ketat serta kehilangan darah ketika haid.
“Apa yang penting, elakkan minum teh ketika pengambilan makanan tinggi zat besi atau suplemen,” jelasnya.
Tegasnya, teh adalah minuman sihat dan orang ramai tidak sepatutnya terpengaruh dengan kisah sebegini sehingga takut untuk menikmatinya.
Sumber: Sinar Harian