Malaysia terus mengorak langkah ke arah ekonomi hijau apabila Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menerima kunjungan delegasi US-ASEAN Business Council (USABC) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan sektor swasta.
Pertemuan yang dipengerusikan YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup itu memberi fokus kepada Rang Undang-Undang Perubahan Iklim (RUUPIN) dan Dasar Pasaran Karbon Negara (DPKK) yang bakal menjadi tunjang baharu tadbir urus iklim Malaysia.

Menurut YB Menteri, Malaysia kekal komited mencapai sasaran pelepasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050, manakala RUUPIN dijadual dibentangkan di Parlimen pada Jun 2026.

Delegasi USABC pula secara rasmi telah menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan dan menyifatkan RUUPIN sebagai langkah penting yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur antarabangsa.
Artikel berkaitan: Malaysia & India Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Pemuliharaan Biodiversiti Global Dan Pembangunan Industri Mineral Kritikal (REE)
Artikel berkaitan: “Bawa mereka pulang!” – Menteri Besar Pahang & NRES Gesa Zoo Taiping Bawa Dara, Amoi & Kelat Pulang
Antara perkara utama yang dibincangkan:
- Malaysia disaran memainkan peranan peneraju polisi karbon ASEAN
- hasil cukai karbon dicadang disalurkan kepada projek konservasi dan teknologi hijau
- sesi libat urus bersama sektor swasta akan terus diperkukuh

Delegasi itu turut melibatkan 22 syarikat antarabangsa termasuk IBM, Micron dan Boeing yang menyatakan kesediaan membantu Malaysia dalam transisi hijau negara.
Dalam masa sama, NRES dan Malaysia Green Tech & Climaye Change Corporation (MGTC) turut mempelawa syarikat ahli USABC menyertai International Greeentech & Eco Products Exhibition & Conference (IGEM 2026) pada Oktober depan bagi meneroka peluang pelaburan teknologi rendah karbon di Malaysia.
Sumber: NRES

9 hours ago
11































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















