Umum mengetahui, penyanyi dialek Kelantan, Eda Ezrin kini sedang ditahan di penjara Wilayah Narathiwat di Thailand atas kesalahan dadah.
Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail yang merupakan ibu kepada dua anak bersama suami serta empat rakan mereka akan mengetahui nasib mereka esok apabila Mahkamah Wilayah Narathiwat menetapkan 6 Mac sebagai tarikh keputusan kes.
Artikel berkaitan: “Saya yakin akan bebas” – Berat Badan Menyusut, Eda Ezrin Faham Bahasa Thai Dalam Penjara Narathiwat
Artikel berkaitan: “Tanya bila ibu nak balik” – Eda Ezrin Kongsi Anak Diejek Di Sekolah Kerana Ibu Masuk Penjara
Menurut penyanyi ‘Bey Sobar Bey’ itu dia yakin dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat.
“Andai sebaliknya, saya tidak bersedia lagi,” katanya.
Sebelum ini, penyanyi berusia 30 tahun itu meletakkan keyakinan 90 peratus keputusan pada 6 Mac akan berpihak kepadanya.
Pada 14 Januari lalu, Eda Ezrin, suami dan empat lagi rakannya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua kesalahan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.
Difahamkan, semua tertuduh mengaku mengambil dadah di hadapan hakim. Bagaimanapun, mereka tidak mengaku memiliki pil kuda semasa ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.
Sumber: Sinar Harian