syaz ft 2025 03 04T120652.559

Nama Zarina Anjoulie, bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air. Meskipun sering dibelenggu kontroversi peribadi, tidak dapat dinafikan kehadirannya di media sosial amat menghiburkan.

Terbaru, menerusi laman TikTok miliknya, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkongsi dia sangat membuat pembedahan rhinoplasty iaitu satu pembedahan yang membentuk semula atau ‘memperbaiki’ hidung.

Artikel berkaitan: “Hubungan kami tiada pelik-pelik” –  Zarina Anjoulie Anggap Nedim Nazri Seperti Abang

Artikel berkaitan: “Toxic relationship” –  Pertunangan Zarina Anjoulie & Datuk Khazrul Rupanya Rekaan, Tak Dapat Restu Ibu Anju

Difahamkan, dia membuat pembedahan itu di sebuah klinik di Vietnam, namun disebabkan pembedahan itu dia mengalami jangkitan yang teruk sehingga bernanah serta demam.

@zarinaanjoulie_

♬ original sound – zarinaanjoulie_ – zarinaanjoulie_

Disebabkan jangkitan itu, Anju mengambil keputusan untuk membuang silikon yang dimasukkan ke dalam hidungnya itu.

Apa yang mengejutkan, Anju berkongsi klinik di Vietnam itu sangat tidak bersih malah, silikon yang digunakan itu rupanya silikon terpakai yang pernah digunakan, doktor di sana hanya basuh kemudian ‘menanam’ silikon itu ke dalam hidung Anju.

“Nak tunggu buat di hospital lambat jadi saya buat saja di sebuah klinik ini. Doktor kegemaran saya ini tak buat pembedahan pun sebab saya minta dia keluarkan silikon itu sahaja.

Tengoklah sekarang kemerahan pada hidung saya semuanya dah hilang dan jahitan yang dibuat juga sangat kemas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anju juga menasihati agar orang ramai tidak melakukan pembedahan tersebut di klinik yang terletak di Vietnam itu.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.