Dua beradik ditemukan maut dalam keadaan berpelukan di sebuah kebun yang terletak di Pesisir Barat, Lampung, Indonesia.
Apa yang memilukan lagi, tangan salah seorang daripada kanak-kanak malang itu putus, bahkan kepala mereka berdua cedera parah serta tubuh badan dipenuhi dengan kesan luka yang dipercayai akibat perbuatan aniaya.
Mangsa yang berumur 8 dan 4 tahun itu ditemui kira-kira jam 10.30 malam, pada Rabu lalu di kebun Dusun Teba Langgar, Mukim Pesisir Utara, Pesisir Barat, Lampung.
Artikel berkaitan : “Nasib baik kena sumbat , kalau kena lempang?” – Mulut Disumbat Kulit Durian Lepas Mencuri di Dusun
Artikel berkaitan : “Kau yang cuai”- Ibu Bapa Nora Anne Saman The Dusun Resort, Netizen Bengang!
Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, dua beradik ini ada meminta izin ibu bapa mereka untuk mencari durian di kebun berhampiran dengan rumah mereka. Namun, mereka tidak pulang sampai lewat petang.
Mereka ditemui selepas beberapa jam dalam keadaan tragis di tepi jurang kawasan kebun dalam keadaan tidak bernyawa.
“Kedua-dua mangsa ada memaklumkan kepada ibu bapa mereka bahawa mereka mahu ke kebun mencari durian.
“Namun, sehingga lewat petang mereka masih belum pulang. Operasi pencarian kemudian dijalankan bersama penduduk kampung,” kata Ketua Polis Pesisir Barat, AKBP Bestiana.
“Sekitar 10.30 malam (hari kejadian), mereka ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun berjurang di Dusun Teba Langgar, Batu Raja,” kata Bestiana.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal mangsa alami kecederaan yang serius dan dikategorikan tidak masuk akal kerana salah satu daripada mereka putus tangan dan terdapat kesan tetakan berulang di kepala mereka yang dipercayai digunakan alat tajam.
“Daripada pemerhatian pada tubuh mangsa, kecederaan itu jelas akibat senjata tajam. Tangan salah seorang mangsa ditemui terputus dan masih berada di lokasi kejadian,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polda Lampung, Senior Komisioner Pahala Simanjuntak.
Susulan itu, polis rumuskan bahawa kejadian ini adalah kes bunuh dan siasatan masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti identiti pelaku dan motif pembunuhan kejam itu.
Sumber : Sinar Plus, Harian Metro