3ukraine

Tentera Ukraine melancarkan serangan dron ke atas infrastruktur minyak strategik Rusia hanya beberapa jam sebelum sidang kemuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Alaska pada Jumaat.

Memetik laporan Astro Awani, serangan itu menyebabkan kebakaran besar di Loji Penapisan Syzran yang terletak di wilayah Samara, berhampiran Sungai Volga. Gabenor Samara, Vyacheslav Fedorishchev mengesahkan serangan berlaku dan melaporkan bahawa 13 dron berjaya ditembak jatuh. Loji berkenaan terletak kira-kira 800 kilometer dari sempadan Ukraine.

Screenshot 2025 08 16 at 11.18.26 AM

Dalam perkembangan berkaitan, Staf Umum Tentera Ukraine di Kyiv melaporkan satu lagi serangan ke atas pelabuhan pedalaman Rusia di Olya, berhampiran Laut Kaspia. Menurut kenyataan tentera, sebuah kapal yang membawa peluru dan komponen dron dari Iran menjadi sasaran, namun pihak berkuasa Rusia belum mengesahkan insiden tersebut.

Serangan menggunakan dron jarak jauh kini menjadi strategi utama Ukraine dalam menangkis pencerobohan Rusia. Serangan kebelakangan ini difokuskan kepada loji penapisan, depoh bahan api, saluran paip, landasan kereta api dan kemudahan tentera jauh di dalam wilayah Rusia.

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin dijadual bertemu di Anchorage, Alaska. Sidang kemuncak ini dijangka membincangkan gencatan senjata di Ukraine serta kemungkinan penamatan perang, meskipun setakat ini Putin belum menunjukkan sebarang tanda bersedia melakukan konsesi.

Baca: Trump Akan Bertemu Putin, Bincang Gencatan Senjata Perang Rusia-Ukraine

Screenshot 2025 08 16 at 11.18.12 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.