Seorang wanita cemas dan panik apabila kereta yang dipandunya telah tersangkut dalam lumpur selepas tersesat setelah mengikut laluan yang disyorkan oleh aplikasi GPS.
Menurut Sinar Harian, wanita tersebut yang juga merupakan seorang pemandu E-Hailing telah mengikuti laluan daripada GPS sehingga dia memasuki jalan ladang kelapa sawit.
Jalan ladang berkenaan pula berlumpur sehingga menyebabkan tayar kereta Axia yang dipandu wanita itu terbenam dalam lumpur.
Difahamkan, sebelum kejadian, pemandu wanita tersebut menggunakan GPS untuk mencari stesen minyak berdekatan kerana dia baru sahaja selesai menghantar penumpang di kawasan Melekek, Melaka.
Artikel Berkaitan: “Ditemui dalam keadaan ketakutan & panik”- Bomba Selamatkan Pasangan Suami Isteri Sesat & Kereta Tersekat Dalam Selut
Artikel Berkaitan: “Nasib baik ada abang bomba” – Orang Ramai Puji Tindakan Pantas Bomba Padam Kebakaran Kecil Di Belakang Pentas Ketika Konsert Siti Nurhaliza
Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka jalan yang disyorkan oleh aplikasi GPS untuk ke stesen minyak itu membawanya ke jalan yang sunyi, sempit serta berlumpur.
Wanita itu yang panik terus menghubungi keluarganya untuk bantuan. Keluarga wanita itu mengesyorkannya untuk terus membuat panggilan kecemasan kepada bomba kerana sukar untuk mangsa mengeluarkan keretanya dari lumpur sendirian.
Pasukan bomba yang tiba tidak lama kemudian terus membantu wanita itu dengan menolak kereta berkenaan keluar dari lumpur itu.
Menurut wanita itu, dia bersyukur kejadian itu berlaku pada waktu siang.
Sumber: Sinar Harian