Kotak Hadiah

Seorang peniaga tempatan mengalami kerugian hampir RM80,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan dalam talian yang bermula melalui siaran langsung di Facebook, awal bulan ini.

Mangsa adalah seorang lelaki berusia 50-an, mula menyertai promosi cabutan kotak hadiah pada 7 Ogos lalu dengan membuat bayaran RM499 ke akaun yang diberikan.

Bagaimanapun, selepas tidak memenangi sebarang hadiah, dia menerima panggilan WhatsApp daripada nombor luar negara yang mendakwa sebagai wakil sebuah syarikat emas dari Shanghai.

Screenshot 2025 08 16 at 11.25.23 AM

Artikel berkaitan: Pengurus Analisis Rugi RM300,000 Terpedaya Love Scam Warga Amerika Syarikat

Artikel berkaitan: Warga Emas Ditipu, Sanggup Berkelana Lebih 700km Untuk ‘Berkahwin’ Ratu Cantik

Menurut laporan Astro Awani, syarikat itu kononnya akan membuka cawangan di Malaysia dan menawarkan cabutan kotak hadiah berisi wang tunai dalam mata wang dolar Amerika Syarikat serta peluang menjadi rakan niaga.

Mangsa bersetuju untuk membeli 80 kotak hadiah dan membuat bayaran ke akaun suspek.

Pada 12 Ogos, mangsa dimaklumkan kononnya telah memenangi USD288,888.88 (RM1.21 juta) yang akan dipindahkan ke akaunnya pada hari sama.

Dari 7 hingga 13 Ogos, mangsa membuat 11 transaksi berjumlah RM79,499 ke dua akaun tempatan, namun wang yang dijanjikan tidak diterima sebelum mesej WhatsAppnya disekat.

Menyedari dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis pada 14 Ogos. Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.