collage 14

Polis dilaporkan berjaya menemui beberapa petunjuk penting bagi mengesan suspek yang menyerang anak lelaki Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian berjaya memberikan beberapa petunjuk positif walaupun rakaman itu belum sepenuhnya jelas.

“Terdapat petunjuk pada rakaman CCTV namun tidak sepenuhnya pada waktu ini,” katanya.

Setakat ini, seramai 14 individu sudah dipanggil untuk membantu siasatan.

Artikel berkaitan: “Diam, jika teruskan, AIDS!” – Rafizi Dedah Isteri Terima Mesej Ugutan

Artikel berkaitan: Polis Tak Tolak Kemungkinan Kes Anak Rafizi Kena Serang & Disuntik Bermotifkan Politik

rafizi ramli bafia court 03 fullRafizi Ramli

Dalam masa sama, Shazeli turut mendedahkan polis sedang menyiasat mesej ugutan yang diterima isteri Rafizi selepas insiden berkenaan.

Difahamkan, ini kali pertama isteri bekas Menteri Ekonomi itu menerima mesej ugutan melalui aplikasi WhatsApp.

Laporan polis sudah dibuat dan siasatan kini melibatkan kerjasama agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejaki penghantar mesej tersebut.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa anak Rafizi diserang kira-kira jam 2 petang Rabu lalu di kawasan drop-off sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menurut Rafizi, dua lelaki berpakaian hitam serta bertopi keledar yang menunggang sebuah motosikal menghampiri anaknya sebelum salah seorang suspek mengheret mangsa dan dipercayai mencucuknya dengan jarum suntikan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.