jasad zara qairina tidak berbau

Minggu lalu, kubur arwah Zara Qairina iaitu pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Sabah yang meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan telah pun digali semula untuk dibedah siasat.

Terkini, individu yang terbabit dalam proses pengurusan jenazah Allahyarham Zara Qairina telah tampil berkongsi pengalamannya ketika menggali semula pusara arwah.

Difahamkan, individu tersebut telah berkongsi pengalamannya itu ketika berucap di Himpunan Solidariti Zara di Padang Tenom, Sabah pada malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut individu tersebut, dia dan pasukannya sebelum menggali semula kubur arwah telah menerima taklimat daripada pihak forensik dan doktor untuk bersedia dengan keadaan jenazah selepas lebih tiga minggu dikebumikan.

arwah zara qairinaZara Qairina

Artikel berkaitan : “Fikiran saya tak waras ketika itu” – Ibu Zara Qairina Jelaskan Mengapa Tolak Bedah Siasat

Artikel berkaitan : Kes Zara Qairina: Pengetua, PK HEM & Warden Ditempatkan Di JPN Sabah

himpunan solidariti zara

Ini kerana difahamkan, lazimnya, jasad yang telah berminggu-minggu dikebumikan akan berada dalam keadaan rosak dan pihak forensik memaklumkan kepada mereka bahawa mereka perlu mengumpulkan dan membungkus apa pun yang tinggal termasuk isi, kulit dan tulang dengan kain kafan.

Taklimat tersebut membuatkan mereka bersedia untuk berdepan dengan jasad yang sudah tidak sempurna ketika menggali semula kubur tersebut namun mereka cukup terkejut apabila jenazah Zara dikeluarkan, jasadnya masih utuh dan sempurna serta tidak mempunyai bau.

Malah, kain kafan yang membalut jasad arwah juga masih elok sehingga mereka semua menangis melihat perkara itu kerana ia menunjukkan kekuasaan Allah SWT.

Semoga arwah Zara Qairina dan keluarga segera mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.