kecoh bergaduh guna kayu

Tular pergaduhan menggunakan kayu di media sosial yang berlaku di jalan Jasin-Bemban, Melaka pada Jumaat semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, punca pergaduhan sehingga ada yang mengacukan kayu itu berlaku akibat kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi Jumaat dan kemalangan yang melibatkan kereta Mitsubishi Triton, Proton Exora, Toyota Vios dan Volkswagen Passat tersebut bertukar menjadi kecoh apabila mereka yang terlibat dalam kemalangan itu bergaduh di sisi jalan raya.

bergaduh guna kayu di tepi jalan

Artikel Berkaitan: “Boleh dengar dengan jelas bunyi LOCK!” – Ibu Anna Jobling Tunjuk Bukti Dikunci Dalam Kereta, Enjin Dimatikan

Artikel Berkaitan: Kereta Dihempap Motosikal, Netizen Puji Sikap Pemandu Kereta Tenang Tak Marah-marah

Susulan kejadian tersebut, empat orang suspek yang berumur dari 20 hingga 57 tahun kemudiannya telah ditahan oleh polis.

Meskipun kejadian pergaduhan tersebut melibatkan kayu di mana ia telah diacukan oleh salah seorang suspek untuk menakut-nakutkan, namun difahamkan, ia tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

bergaduh acu kayu

Difahamkan, suspek yang berusia 20 tahun didapati telah mempunyai empat rekod jenayah lampau.

Buat masa ini, siasatan lanjut berkaitan kejadian pergaduhan tersebut masih dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.