peguam sahkan wujud kecederaan zara qairina

Sekumpulan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina menyambut baik langkah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman membuka kertas siasatan tatatertib terhadap beberapa pegawai polis.

Antara yang disiasat termasuk Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, pegawai berpangkat Asisten Superintenden (ASP) dan seorang inspektor penyiasat yang didakwa gagal mematuhi SOP ketika mengendalikan siasatan kes kematian Zara.

Menurut peguam, langkah ini selari dengan desakan gelombang JusticeForZara di seluruh negara yang menuntut siasatan telus serta keadilan untuk arwah.

532646233 3953198868343770 2287704282230859731 n 1Kenyataan yang dikongsikan peguam keluarga Zara Qairina.

Artikel berkaitan: JIPS Bukit Aman Akan Ke Sabah, Ambil Keterangan 3 Pegawai Kanan Polis Kes Zara Qairina

Artikel berkaitan: Pindahkan Anak Ke Sekolah Baru Lepas Kes Zara, Ibu Terkilan Murid Tingkatan 1 Kena ‘Aim’ Di Sekolah Baru

Screenshot 2025 08 16 at 9.52.14 AMZara Qairina

Mereka berkata, tuntutan rakyat tidak akan bermakna sekiranya penyiasatan tidak dijalankan dengan prosedur undang-undang yang betul, apatah lagi apabila melibatkan kes kematian yang penuh tanda tanya.

“Kami mohon tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pegawai polis terbabit sekiranya terbukti gagal mematuhi SOP siasatan.

“JusticeForZara juga perlu menjadi peringatan kepada PDRM bahawa semua kes kematian meragukan mesti disiasat dengan prosedur jelas, berkesan dan telus sejak laporan pertama dibuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama, mereka memaklumkan masih menunggu tarikh inkues ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara bagi menentukan punca sebenar kematian Allahyarhamah Zara Qairina.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, JIPS Bukit Aman akan membuka siasatan tatatertib terhadap tiga pegawai polis di Sabah yang terlibat dalam siasatan awal kematian Zara Qairina.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pasukan JIPS akan dihantar ke Sabah bagi melaksanakan siasatan dan tindakan lanjut.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.