helikopter

“Jangan ulang kesilapan lama, adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam keranda terbang?”

Itu titah tegas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim apabila mengulas cadangan pembelian helikopter Black Hawk oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang sudah berusia 30 tahun.

Baginda yang berangkat ke Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-60 di Kem Iskandar, Mersing semalam menegaskan, aset pertahanan negara perlu dibeli berlandaskan harga pasaran dan keperluan sebenar bukannya mengikut cadangan ejen atau pihak tengah.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah, maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Jangan cuba nak temberang saya.

“Kalau tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah baginda.

Artikel berkaitan: SIS Hormat Nasihat Sultan Selangor, Gugurkan Perkataan ‘Islam’ Daripada Nama

Artikel berkaitan: Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Jihan Berjaya Raih Ijazah Kelas Pertama Dalam Sarjana Muda Bidang Tekstil

534388898 18499331374067698 1335811701475062876 nSultan Ibrahim

Sultan Ibrahim turut mengingatkan pengalaman lalu, termasuk pembelian bot Rigid Riding Craft (RRC) untuk komando pada harga RM5 juta, sedangkan model lebih baik boleh diperoleh bawah RM2 juta.

Baginda juga membangkitkan isu kolam selam tempur di kem yang sepatutnya siap sejak 2022, namun sehingga kini belum boleh digunakan.

Untuk rekod, isu helikopter Black Hawk ini bukan baharu. November lalu, kontrak sewaan empat helikopter itu dibatalkan selepas syarikat dilantik gagal memenuhi tarikh penghantaran.

Awal bulan ini, laporan media mendedahkan MINDEF kembali membuka tender penyewaan empat helikopter utiliti bagi kegunaan Tentera Darat Malaysia, dengan kos anggaran lebih RM185 juta.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.